Wednesday, April 25, 2012

Budak Bas



Akibat kemalasan untuk study sempena ade 2 test esok, aku rasa macam nak update dan bercerita pasal Budak Bas seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini. Hohoho.

Jadi, 'Budak Bas' ini adalah seorang lelaki yang aku minat mase aku kat belajar Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) dua tahun lepas. Okay. Sempena nama die 'Budak Bas' tu, mesti anda sudah dapat meneka dimanakah saya menjumpai mamat ini untuk pertama kalinya kan? Hoho. Jadi, benarlah. Aku first time jumpa mamat ni kat dalam bas, mase nak pergi outing setelah dua minggu berada di KMPk tercinta. Jadi, nak dijadikan ceritanya, aku dengan kawan-kawan aku ni antara orang yang terlambat masuk bas. Ni semua gara-gara pak guard bengong tu. Nak kena pakai kasut bertutup pulak bile nak outingnye -.- Hoh. Jadi, kawan aku ni, yang aku nak bagi nama sebagai K ni, terpaksalah panjat bukit semula semata-mata nak gi tukar kasut. Jadi, bila dah settle semua tu, nak gi naik bas dah la ni. Bila dah naik bas, berasa seperti famous pula bila semua orang pandang kitaorang. Hahaha. Sangat sengal disitu sepertinya. Jadi, sebagai orang last, kami diberi penghormatan untuk berdiri di dalam bas itu. Bertentangan dengan Budak Bas ni ler.

Sebelum bertolak, makcik bas ni bagitau kat kitaorang kat mana, bila nak naik bas balik semula KMPk ni. Maklum ler, masih baru kan -.- Jadi, makcik ni, membebel dekat dengan telinga aku. Macam gape dah, terjerit-jerit disitu. Hoh. Sengal sungguh. Time ni ler, aku perasan kewujudan mamat ni bersama-sama dengan kawan die. Tersenyum seperti kambing berjanggut dah kat situ. Haha. Ngok ngek sungguh mu ni. Konon comel lah senyum gitu? HAHA. Lepas tu, bas dah gerak. Tak lama lepas tu, mamat ni turun. Kat mana, aku lupa dah. Lepas tu, aku dengan K ni, gi lah duduk kat tempat dia. K ni pun perasan budak bas ni. Siap puji lagi budak bas ni, die kate "boleh tahan gok mamat tu rajaa. Hari isnin ni, mu cari lah die." -.- Memang tercari-cari jugaklah lepas tu kang -.-
Minggu depan tu pulak, kawan K ni yang keluar sekali dengan aku hari tu, cakap yang budak bas ni satu kuliah dengan mamat tu. Jadi, die ni, budak hayat lah, Aku pulak fizik. Kawan K tu, aku nak panggil C, bagitau yang mamat ni hotstuff jugak sebab selalu kene panggil  untuk bace doa sebab name die agak unik. Aku pun tak pernah dengar name macam gitu sebelum ni. Macam name orang Indon pun ade tu. Hoho. Ade pulak C ni cite, ade kawan die minat budak bas ni. Sampai bila die same kaler baju dengan budak bas ni, satu hari tak tukar baju -.- selok punye pasal. Gilo sungguh. Nasib baik aku dok gitu. Hahaha.

Jadi, sepanjang perjalanan hidup aku kat KMPk tu, ade beberapa kali jugak lah aku terserempak dengan budak bas ni. Bila dah beberapa kali terserempak ni lah, secara TIBA-TIBA tanpa sebab aku nak suka die -.- Jadi, antara kerja bodoh dan kejadian yang macam sengal berlaku berkaitan dengan budak bas ini adalah seperti berikut :

  1. Lepas pukul 1, masa rehat, aku dengan classmate aku, M pergi Anjung Siswa sebab nak tengok budak bas ni balik dulu baru kitaorang balik. Sangat sengal disitu. Selain itu juge, bila dah habis kelas, aku dengan M sokmonye malas nak balik bilik lagi. Jadi, kitaorang gi jalan-jalan dengan harapan dapat terserempak dengan budak bas. Setelah kepenatan, mase ni kat area lecture hall, mase nak naik tangga, secare tiba-tiba je budak bas keluar dari pintu belakang LH tu. Memang terkejut gilo lah mase tu. Selok mase tu, dok soh cite lah. Pastu, masing-masing cover. Hahaha. Bila dah on the way balik, sekor-sekor selok -.-
  2. Hari yang lain pulak, kitaorag gi ikut budak bas ni dari Kedai Siswa(KeSis) sampai lah ke LH. Siap tahu lagi budak bas beli air gape, iaitu air Nescafe tin yang kaler purple tu. Akibat ke-obsesan terlampau, pembuka tin tu, aku amik, simpan. Masih wujud lagi sampai sekarang -.- Ohmy. Tak percaya aku buat gitu -.-
  3. Seterusnya, nak gi tengok movie Shrek kat LH6 bersama-sama dengan M dan rakan-rakan beliau. Mase semua orang nak gi masuk LH tu, tiba-tiba aku ternampak budak bas berbaju putih *same dengan aku >.< bersama dengan beg putih 'CONVESRE' die tu. Masa nak balik, kawan M nak g atm nak amik duit. Lepas tu, geng budak bas pun nak balik jugak. Jadi, dieorang pun jalan lah belakang kitaorang. Err, agak sengal time tu -.-
  4. Masa ni, sem 1. Hari Isnin. Aku ade lecture dua jam. Budak bas pun sama *aku tahu lah sebab aku ade jadual die. HAHA. Lepas dah habis lecture, M ni nak gi toilet. Kebiasaannya, time ni lah aku akan terserempak dengan buak bas ni. Confirm punye lahh. Sebab memang dah sokmoo gitu dah pung. Hahaha. Mase teman M gi toilet, time ni aku nak keluar dari toilet lah ni. Tiba-tiba je mase aku nak keluar dari toilet tu, ade orang lalu dan seperti akan melanggar orang itu kalau masing-masing tak berhenti secara mengejut -.- dan orang itu adelah budak bas :O Mase kejadian ini berlaku, M pulak masih dalam toilet. Jadi, aku tergamam sebentar. Gilo sungguh. Aku tahu itu adelah budak bas lepas die jalan dan aku cam beg die tu. Cuba bayangkan kalau berlanggar, lagi lah aku tak tahu apa yang akan berlaku -.-
  5. Yang ni pulak pasal explore race yang budak bas masuk. Dari kejadian ini lah aku dapat nombor budak bas ni. Sebab orang yang menguruskan game ni, kawan aku. Yang study kat UMP sekarang. Same jugak dengan budak bas ni. Lama jugak lah aku mengambil keputusan nak mesej die. Takut dihina. Tapi, sebab ni jugaklah die tahu kewujudan aku sampai sekarang walaupun pada mulanya die dok kenal aku. Hahaha. Agak sengal disitu -.-
Jadi, ni antara kisahnya. Banyak lagi sebenarnya. Oleh kerana sekarang dah pukul 1.23pm, aku kena stop untuk study dan aku sambung lagi cerita pasal Budak Bas ni dalam entry yang seterusnya :)


2 comments:

  1. amboi. selok kau cite pasal budak bas kan :)
    aku pun teruja dah nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. sengal. baru je sikit ni. muahaha. macam bajet je -.-

      Delete