Hari ni, mood macam sedih. Teringat kat classmate yang dah kembali rahmatullah. Macam tak percaya. Tetapi, itulah hakikatnya.
Ya. Mati itu pasti. Tapi, kita tak tahu bila. Jadi, penuhilah hari-hari kita dengan amal ibadat. Mantapkan iman. Iman itu sentiasa goyah.
Just nak bercerita. Dulu, aku ni tak ade lah baik sangat. Ber-couple. Pakai baju lengan pendek. Tudung pun tak menutup bahagian tuu. Mungkin sebab tak didedahkan sangat pasal hal-hal macam ni. Tapi, sekarang, alhamdulillah. Kat FB, ramai yang orang duk sebut pasal menda-menda ni. Sedikit sebanyak aku cuba nak perbaiki diri ke arah lebih baik. Doakan aku.
Tapi, aku rasa sikit sedih pasal kawan aku ni. Dia boleh nak cakap, lagi baik dari aku. Sebab dia macam banyak tahu hal-hal agama berbanding aku. Hari tu, aku nampak gambar dia. Lengan pendek. Hermmm, aku ingat lagi. Dulu, dia ada nasihat aku pasal menda ni. Mungkin, aku pulak yang kena nasihat dia balik sekarang ni. Hurmmmmm.
Berbalik kepada tajuk, pasal MATI. Sebelum ni, aku ada pasang niat,
- nak mati hari Jumaat
- kalau boleh kat Madinah sanaaa :')
- cuba untuk mati syahid
- mati dalam bulan Ramadhan
- mati dalam keadaan yang baik
InsyaAllah akan tercapai.
Tapi, sebelum mati, apa amalan kita? Apa kita nak bawa? Ke mana kita nak pergi? Syurga kaa? Neraka kaa? You decide it based on what you do when you are still alive :)
Sebelum aku mati, aku nak minta maaf setulus hati kepada sesiapa yang aku kenal, dan yang mengenali aku. Kalau tak sempat, aku harap, siapa-siapa yang baca entry aku ni, tolong share kat FB ke, Twitter ke, supaya ada orang baca ni. Dan, siapa-siapa yang baca ni, aku minta maaf kalau ada buat salah silap kat korang. Kalau ada aku hutang apa-apa, bagitau kat keluarga aku. InsyaAllah, ada. Kalau selain duit, contoh barang ke, buku ke, try tanya family aku jugak. Kot-kot ada yang aku simpan. Kalau aku hutang budi dengan korang, semoga Allah balas jasa baik korang :)
Doakan aku. Sedekahkan Al-Fatihah untuk aku ehh. Jangan lupa. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment